PROGRAM PKR CABANG TAPAH

Loading...

Selasa, 31 Januari 2012

PKR CABANG TAPAH: PKR CABANG TAPAH: Pratonton "KONGRES ORANG2 ASAL NEGERI PERAK ANJURAN PAKATAN RAKYAT"

PKR CABANG TAPAH: "KONGRES ORANG2 ASAL NEGERI PERAK ANJURAN PAKATAN RAKYAT"

PKR CABANG TAPAH: Pratonton "KONGRES ORANG2 ASAL NEGERI PERAK ANJURAN PAKATAN RAKYAT"

PKR CABANG TAPAH: Pratonton "KONGRES ORANG2 ASAL NEGERI PERAK ANJURAN PAKATAN RAKYAT"

KONGRES ORANG2 ASAL NEGERI PERAK ANJURAN PAKATAN RAKYAT



Kongres Orang2 Asal Negeri Perak anjuran Pakatan Rakyat yg di kelolakan oleh Parti Keadilan Rakyat telah diadakan di Batu 31/2 Jalan Pahang, Tapah pada 29.Jan.2012. Kongres yang Pertama kalinya diadakan Khas untuk Orang2 Asal bermula pada jam 9 pagi. Tujuan diadakan Kongres ini adalah bagi memberikan ruang serta peluang Orang2 Asal menyatakan segala permasaalahan yang dihadapi oleh mereka yang tidak pernah diambil perhatian yang serius oleh Kerajaan mahupun mana2 Organisasi. Permasaalahan mereka ini merangkumi berbagai2 aspek yang bukan sahaja tentang Tanah Adat atau tanah hak milik orang asal malah merangkumi soal Pendidikan, Budaya, Ekonomi, Sosial dan berbagai2 lagi yang perlu di atasi bagi merubah kehidupan mereka yang sekian lama dibelenggu dengan kesusahan dan kepayahan. Mereka ini bagaikan terpinggir dari arus kemajuan negara, tiada pehak yang cuba mengangkat orang2 kaum Asal ini ketahap yang sepatutnya,malah tempat mereka diceroboh dengan sewenang2nya bagaikan mereka ini pendatang asing yang tidak punya apa2 hak ditanah kelahiran mereka.
Kongres yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat telah menyedarkan kita betapa mereka ini bagaikan terbuang. Mereka bukan sahaja terpaksa berkorban selama 54 tahun untuk UMNO-BN, malah mereka juga mengatakan mereka terkorban disebabkan kerakusan Pemimpin2 UMNO-BN merompak Balak2 dan tanah2 mereka tanpa ada sedikit pun rasa simpati kepada nasib masa depan mereka. Kini mereka hanya tinggal dirumah yang mereka miliki diatas sekeping tanah yang bukan milik mereka,dimana mereka boleh dihalau keluar bila2 masa.


Bendahari PKR Negeri Perak merangkap Timb.Ketua PKR Cabang Tapah
Datuk Dr. Yap Yit Thong menunjukan contoh beg yang ditempah khas
untuk Kongres Orang2 Asal Negeri Perak.

Inilah Tempat yang bakal diadakan Kongres tersebut
tempat yang akan menjadi sejarah buat Orang2 Asal. 

Semua Peserta mendaftarkan diri sebelum masuk ke Dewan Kongres.



 Peserta2 Kongres ketika berada didalam Dewan Kongres.
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dihadapan Peserta Kongres. 

 Penari2 Kebudayaan Orang2 Asal yang dijemput khas dari Kampar.




 Bekas Exco Negeri Perak YB. Ngeh Kor Ham (DAP)
Menteri Besar Perak yang Sah YAB Datuk Seri Nizar. 
YB.Ellyzabert Wong 
 Wakil dari Orang Asal 

Pengerusi MPN Perak Dr. Mohd. Nor Manuty

Ahli Perlimen Sg. Siput YB. Dr. Jeyakumar

Setia usaha Kerja PKR Perak Sdr. Yahya




Sabtu, 20 Ogos 2011

PROGRAM CERAMAH DITAMAN TAPAH PADA 18 OGOS 2011 PERMIT TIDAK DILULUSKAN.

YB Dr. Jeyakumar Ahli Perlimen Sg.Siput
turut hadir dlm Program Ceramah pada malam tersebut.
Beberapa Ahli DAP turut hadir dipejabat IPD Tapah
untuk memberikan sokongan kepada tahanan yg ditangkap 
oleh pehak Polis Tahan.

Saya ketika mula sampai dan menuju kePejabat IPD Tapah.
Datuk Dr. Yap Yit Thong Timb.Ketua Cabang Tapah serta 
AJK PKR Cabang Tapah turut hadir.

Cikgu Bard,turut hadir memberikan sokongan pada tahanan
Beliau yg dlm perjalanan dari P.Pinang ke Rembau,singgah 
Di IPD Tapah.


Laungan REFORMASI...!!! bergema dihadapan Balai Polis Tapah
Sejurus selepas tahanan dibebaskan dengan ikat jamin.
Tuan Hj. Abd.Rahim YDP PAS Tapah,YB Chang Lih Kang,
Cikgu Bard dan Tan Kar Hing..



Sdr.Leong dari DAP Chenderiang bersama2 meraikan
tahanan yang telah dibebaskan di Gerai Mee Rebus Tapah.





Sabtu, 25 September 2010

MATC DAN PEMILIHAN PKR CABANG TAPAH

KEHADIRAN AHLI2 PKR CABANG TAPAH AMAT MEMBANGGAKAN. SERAMAI 296 ANGGOTA PKR CABANG TAPAH TELAH KELUAR UNTUK MENUNAIKAN KEWAJIBAN MEREKA MENGUNDI UNTUK MEMBUAT PILIHAN PEMIMPIN2 BAGI PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG TAPAH UTK TAHUN 2010 HINGGA 2013.
           BIARPUN LEWAT UNTUK MEMULAKAN PENGUNDIAN DISEBABKAN ADA PERKARA2 YANG TIDAK MEMUASKAN HATI CALON, NAMUN PENGUNDI2 TETAP BERSABAR MENUNGGU. SEHINGGA PUKUL 10-45 BARU PENGUNDIAN DAPAT DIJALANKAN.
           POLITIK INI ADALAH SENI BUKAN PERMAINAN,MAKA BERBAGAI2 PERKARA DILAKUKAN UNTUK KEMENANGAN..JIKA CARA BAIK TAK MEMBERIKAN KESAN YANG BAIK MAKA CARA YANG JAHAT PULA DIGUNAKAN,SEMUANYA ADALAH UNTUK KEMENANGAN.
           DICABANG TAPAH, SDR. RIDZUAN BANI MENANG UNTUK JAWATAN KETUA CABANG TANPA PERTANDINGAN. PADA MULANYA, JAWATANKUASA YANG SAYA KETUAI TELAH MENGANGKAT SERTA MEMPERTAHANKAN BELIAU SEBAGAI KETUA CABANG, KERANA ADA SATU KUMPULAN LAIN, ADA CADANGAN UNTUK BERTANDING MENENTANG BELIAU,NAMUN PADA SAAT AKHIR, TIADA BORANG YANG MASUK MAKA SDR. RIDZUAN BANI DINOBATKAN MENANG TANPA BERTANDING..
           NAMUN, SEMUANYA MENJADIKAN GERAKAN SAYA AMAT SUKAR,APABILA KETUA CABANG YANG KITA ANGKAT DAN PERTAHANKAN TELAH BERPALING TADAH DENGAN MEMBERI SOKONGAN PADA MUSUH SAYA DAN RAKAN2 SAYA. BERSAMA2 BELIAU ADALAH BEKAS NAIB KETUA,BEKAS KETUA AMK SERTA BEKAS2 AJK..KETUA YANG SAYA PERCAYA KINI CUBA MENJATUHKAN SAYA SERTA CALON2 TIMB.KETUA,NAIB KETUA SERTA AJK YANG TELAH BERSUSAH PAYAH MENGGERAKAN KEMBALI CABANG TAPAH YANG SEBELUM INI HAMPIR TIDAK BERFUNGSI.
         MEREKA SERTA KETUA CABANG BEGITU HEBAT BERKEMPEN DENGAN MEMBUAT TUDUHAN2 YANG TIDAK BERASAS KE ATAS SAYA SERTA CALON2 PILIHAN SAYA YANG BERTANDING. BEGITU JUGA DENGAN WAKIL KEMPEN MEREKA,BEGITU AGGRESIF KETIKA BERKEMPEN TANPA MENGIRA MAJLIS ITU SAYA SAYA ANJURKAN..
          SEMASA PENGUNDIAN, MEREKA TELAH MENGUASAI KESEMUA TUGAS2 PEMILIHAN. MEREKA BEGITU YAKIN MEREKA AKAN MENANG. MEREKA TELAH MENGGANTUNGKAN BANNER " KEPIMPINAN PKR CABANG TAPAH 2010 - 2013 " SIAP DENGAN GAMBAR KETUA CABANG,TIMB. KETUA, NAIB KETUA DAN KETUA AMK. SEMUA JENTERA2 MEREKA BEGITU TINGGI KEYAKINAN BAHAWA MEREKA AKAN MENANG. SEMASA PENGUNDIAN,MEREKA MENGGANGGU PENGUNDI2 SAYA, CUBA UNTUK MENASIHATI PENGUNDI SAYA AGAR MENGUNDI CALON2 MEREKA..BIAR PUN DIDALAM DEWAN TEMPAT MENGUNDI,MEREKA MASIH INGIN BERKEMPEN..
            KETUA CABANG BAGAI TAK SABAR2 MENANTI TAMATNYA PENGUNDIAN,UNTUK MENGUMUMKAN CALON2 PILIHANNYA MENANG...AGAR CEPAT BELIAU MENCAMPAKAN SAYA DARI JAWATANKUASA PKR CABANG TAPAH..
NAMUN,ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA BERKUASA, CALON2 PILIHAN KETUA CABANG TEWAS...
             INILAH PENGAJARANNYA, SEORANG KETUA YANG TIADA PRINSIP YANG TIADA KEKUATAN UNTUK MEMEGANG KEBENARAN AKHIRNYA TAK MAMPU UNTUK MENJADI SEORANG KETUA YANG BAIK YANG BERTANGGUNGJAWAB KEPADA AMANAH RAKYAT KERANA DIRINYA SENDIRI MUDAH DIPENGARUHI OLIH ORANG2 YANG HANYA INGINKAN PKR TERKUBUR...

Sabtu, 17 April 2010

PRK P.094 HULU SELANGOR

Kami daripada team SEGAR Perak kini berada di PRK P.094 HULU SELANGOR. Berita terkini akan diterbit setiap hari sehingga pengundian.


Dicatat oleh MAT HASNI

Dari Bilik Gerakan JDM Kg.Gumut / Pasir Putih-DUN Hulu Bernam