Khamis, 3 Disember 2009

MAJLIS MAKAN MALAM " KEMBALIKAN HAK RAKYAT " DICHUICHAK.T.INTAN.


Sdr.Mustafa Kamil Ayub.YAB DS Nizar. YB Tian Chua
YB Chang Lih Kang dan Saya(Azizan).

Jamuan Makan Malam " Kembalikan Hak Rakyat " Di Dewan Cina Chui Chak berjalan dengan penuh jayanya. Penduduk Cina Kg.Chui Chak begitu gembira sekali menyambut kehadiran tetamu-tetamu jemputan yang dihormati,terutama YAB Menteri Besar Perak Datuk Seri Hj.Nizar dan YB Tian Chua.Tepukan yang gemuruh bergema didalam Dewan Cina Chui Chak apabila DS Hj.Nizar dan YB Tian Chua melangkah masuk kedalam dewan...




Sdr.Muzafar Shah(Ahli Majlis Pimpinan Negeri Perak)
turut hadir pada majlis tersebut.

Majlis pada malam tersebut turut memberikan sokongan agar diberikan keadilan kepada YB Tian Chua di atas tindakan polis terhadap YB Tian Chua yang heboh diperkatakan telah digigit oleh YB Tian Chua..YB Sivakumar Speaker DUN Perak dalam ceramahnya turut menceritakan pengalaman beliau semasa menghadiri sidang DUN baru-baru ini, dimana pehak polis telah menggunakan kekerasan dengan mencekik leher dan menekan perut YB Sivakumar bagi melemahkan YB Sivakumar dan bagaimana jubah yang dipakai oleh YB Sivakumar ditarik oleh pehak polis dengan ganasnya sehingga koyak..


Teman-teman dari Gopeng yang telah bekerja keras
membantu untuk menjayakan Majlis tersebut.

Datuk Seri Hj Nizar dalam ceramahnya mengutuk keras Najib kerana merampas Negeri Perak sehingga Perak kini tidak ketentuan arah..Keputusan mahkamah untuk menentukan siapa Menteri Besar Perak yang sah sehingga kini sudah sebulan masih belum diumumkan.
Majlis pada malam itu tamat lebih kurang jam 12 malam..semoga ahli-ahli ranting dan cabang PKR Perak akan terus bergerak mara dalam perjuangan dengan sentiasa mengadakan aktiviti2 bagi menyebarkan segala maklumat2 terkini agar rakyat Perak tidak lagi diperbodoh2kan dengan cerita2 bohong dan fitnah oleh puak UBN. Mereka bebas menggunakan Media2 arus perdana untuk memfitnah dan memburuk2kan Pakatan Rakyat maka Pakatan Rakyat khususnya PKR harus gembelingkan jiwa dan fikiran untuk menangkis segala tohmahan dan teruskan semangat perjuangan bagi menghapuskan segala kekejaman dan kezaliman serta kejahatan UBN agar KEBENARAN DAN KEADILAN dapat ditegakan.


CABANG TAPAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan