Selasa, 1 Disember 2009

MENGHANTAR MEMO MENGENAI TANAH KG.BARU CINA BANIR KEPADA DATOK ZAMBRI.


Tadi lebih kurang pukul 10 pagi Sdr. Tan Kar Hing, saya dan beberapa wakil dari penduduk Kg. Baru Cina Banir telah berkumpul didepan SUK Ipoh, untuk menghantar satu memorandum berkenaan dengan Kekeliruan Keluasan tanah penduduk diKg.Baru Cina Banir. Tapah. kepada Datok Zambri.


Kami rasa kecewa kerana diberitahu oleh salah seorang Pegawai yang berada di Balai Pengawal, bahawa Zambri tiada diPejabat,beliau telah pergi keBanding kerana mengikuti program Sultan Perak disana. Kami beritahu bahawa kami ingin sampaikan memo tersebut melalui wakil Zambri..Pegawai tersebut menghubungi seorang pegawai sebagai wakil untuk menerima memo tersebut dan memberitahu bahawa wakil Zambri akan datang berjumpa dengan kami.


Setelah lama kami menunggu di Balai Pengawal,akhirnya kami disuruh naik kepejabat SUK untuk berjumpa dengan wakil tersebut..Pada mulanya hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan pergi berjumpa dengan Pegawai tersebut, namun apabila didesak maka Saya(Azizan), Sdr. Tan Kar Hing dan Sdr.Chang Kwai Lum(wakil penduduk Kg.Baru Cina Banir) yang dibenarkan pergi berjumpa dengan Pegawai sebagai wakil kepada Zambri.


Dengan ditemani oleh Miss Teh( PR Pejabat MB) dan seorang Pegawai Keselamatan SUK,kami dibawa untuk berjumpa dengan En. Azhar (Pegawai Khas MB). Sdr. Tan Kar Hing menyerahkan MEMO tersebut kepada beliau tanpa ada apa-apa perbincangan dan penerangan dari kami, memandangkan beliau agak tergesa-gesa. Beliau hanya bertanyakan dimana lokasi tanah tersebut. Pada mulanya saya serta Sdr. Tan Kar Hing dan Sdr. Chang Kwai Lum ingin menerangkan dengan lebih lanjut tentang permasaalahan tanah tersebut dan bagaimana sebelum ini kami telah memberikan satu MEMORANDUM kepada Pegawai Daerah Batang Padang, Datuk Hj. Damiri dan kami telah berikan tempoh 1 bulan untuk beliau mengambil tindakan namun sehingga kini tidak ada apa-apa maklum balas dari beliau. (Mungkin Datuk Hj. Damiri merasakan bahawa beliau terlalu berkuasa sehinggakan MEMO yang diberi kepadanya mungkin dianggap tidak penting dan hanya buang masa ,lalu dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan yang sewajarnya..)Tapi disebabkan sikap yang tergesa-gesa dari En. Azhar(Pegawai Khas MB) hasrat kami tak dapat disampaikan..


Diharap apabila perkara ini sampai kepengetahuan Zambri,dapat lah beliau menyelesaikan perkara ini dengan secepat mungkin kerana kami bagi tempoh hanya 1 BULAN Sahaja. Permasaalahan ini telah berlarutan sehingga 7 tahun, semua jawapan yang diberi hanya TUNGGU...Penduduk Kg. Baru Cina Banir sudah muak dan jelak dengan jawapan-jawapan yang diberi,mereka tak sanggup lagi nak jadi PENUNGGU...Bermula dari Datuk Damiri (Pegawai Daerah Batang Padang.Tapah),Datuk Shamsuddin(ADUN Air Kuning) ,Datuk Mah Hang Soon(ADUN Chenderiang) dan kini Zambri ( MB Haram), semoga masaalah ini diselesaikan dengan segera atau kami akan selesaikan perkara ini di MAHKAMAH.