Isnin, 7 Disember 2009

MAJLIS PERKAHWINAN SDR. WAN(SKUAD PKR TAIPING)


Majlis Perkahwinan Sdr. Wan (Skuad PKR Taiping) telah berlangsung semalam. Beliau begitu gembira dengan kehadiran teman-teman dari PKR. Biarpun sambutannya agak sederhana namun kemeriahan nya dapat dirasakan dengan kehadiran teman-teman seperjuangannya..
 



Selamat Pengantin Baru...Semoga berbahagia hingga
keakhir hayat...Insyaallah..







Sdr. Muzafar dan Sdr.Yahya ketika baru samapai
dirumah pengantin..


Sdr. Muzafar dan Sdr.Yahya

Sdr Muza,Sdr. Yahya, Sdr Khir, Sdr. Raja Nazri dan
Sdr. Shamsuri sedang manjamu selera.

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN ANAK-ANAK YATIM DI TAIPING.




Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan pada anak-anak yatim di Taipaing telah berlangsung semalam. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Biro Kebudayaan Belia & Sukan PKR Negeri Perak.Seramai 32 murid-murid sekolah telah menerima sumbangan bantuan yang telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Pimpinan Negeri Perak selaku Pengerusi Biro Kebudayaan Belia & Sukan Saudara Muzafar Shah.




Sdr. Muzafar Shah sedang menyampaikan
sumbangan bantuan pada anak-anak yatim.



Bergambar dengan anak-anak yatim yang hadir
untuk merima sumbangan bantuan dari Sdr. Muzafar Shah.




Bergambar dengan Ahli Pertubuhan Silat Seni Gayung
Warisan Serantau Malaysia.

Ahad, 6 Disember 2009

HARI KELUARGA AMK PERAK


Sdr. Raja Nazri (AMK Tapah) dan Sdr. Khair(AMK T.Intan)sedang mencuba
kehebatan nya mengopek buah durian tanpa mengguna
parang atau pisau...


AMK Perak telah mngadakan Hari Keluarga di Batu Kurau semalam. Turut hadir sama pada majlis tersebut YB. Yunus dan YB. Chang Ming Kai serta Ketua-ketua AMK Cabang. Biar pun sebelah petangnya hujan mula mencurah namun majlis tetap meriah..Buah-buah durian turut dihidangkan pada tetamu-tetamu yang hadir. Majlis Hari Keluarga mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim antara semua AMK-AMK serta keluarga.


Sdr. Muzafar Shah,Ahli MPN Perak(Biro Kebudayaan Belia & Sukan)
 ketika mula sampai dikawasan air terjun.

YB.Yunus,Sdr. Yahya, Sdr. Raja Nazri n Azizan



YB.Yunus dan Sdr. Muzaffar turut sama mandi dkt air terjun
dalam kawasan Batu Kurau.

Khamis, 3 Disember 2009

MAJLIS MAKAN MALAM " KEMBALIKAN HAK RAKYAT " DICHUICHAK.T.INTAN.


Sdr.Mustafa Kamil Ayub.YAB DS Nizar. YB Tian Chua
YB Chang Lih Kang dan Saya(Azizan).

Jamuan Makan Malam " Kembalikan Hak Rakyat " Di Dewan Cina Chui Chak berjalan dengan penuh jayanya. Penduduk Cina Kg.Chui Chak begitu gembira sekali menyambut kehadiran tetamu-tetamu jemputan yang dihormati,terutama YAB Menteri Besar Perak Datuk Seri Hj.Nizar dan YB Tian Chua.Tepukan yang gemuruh bergema didalam Dewan Cina Chui Chak apabila DS Hj.Nizar dan YB Tian Chua melangkah masuk kedalam dewan...




Sdr.Muzafar Shah(Ahli Majlis Pimpinan Negeri Perak)
turut hadir pada majlis tersebut.

Majlis pada malam tersebut turut memberikan sokongan agar diberikan keadilan kepada YB Tian Chua di atas tindakan polis terhadap YB Tian Chua yang heboh diperkatakan telah digigit oleh YB Tian Chua..YB Sivakumar Speaker DUN Perak dalam ceramahnya turut menceritakan pengalaman beliau semasa menghadiri sidang DUN baru-baru ini, dimana pehak polis telah menggunakan kekerasan dengan mencekik leher dan menekan perut YB Sivakumar bagi melemahkan YB Sivakumar dan bagaimana jubah yang dipakai oleh YB Sivakumar ditarik oleh pehak polis dengan ganasnya sehingga koyak..


Teman-teman dari Gopeng yang telah bekerja keras
membantu untuk menjayakan Majlis tersebut.

Datuk Seri Hj Nizar dalam ceramahnya mengutuk keras Najib kerana merampas Negeri Perak sehingga Perak kini tidak ketentuan arah..Keputusan mahkamah untuk menentukan siapa Menteri Besar Perak yang sah sehingga kini sudah sebulan masih belum diumumkan.
Majlis pada malam itu tamat lebih kurang jam 12 malam..semoga ahli-ahli ranting dan cabang PKR Perak akan terus bergerak mara dalam perjuangan dengan sentiasa mengadakan aktiviti2 bagi menyebarkan segala maklumat2 terkini agar rakyat Perak tidak lagi diperbodoh2kan dengan cerita2 bohong dan fitnah oleh puak UBN. Mereka bebas menggunakan Media2 arus perdana untuk memfitnah dan memburuk2kan Pakatan Rakyat maka Pakatan Rakyat khususnya PKR harus gembelingkan jiwa dan fikiran untuk menangkis segala tohmahan dan teruskan semangat perjuangan bagi menghapuskan segala kekejaman dan kezaliman serta kejahatan UBN agar KEBENARAN DAN KEADILAN dapat ditegakan.


CABANG TAPAH

Selasa, 1 Disember 2009

MENGHANTAR MEMO MENGENAI TANAH KG.BARU CINA BANIR KEPADA DATOK ZAMBRI.


Tadi lebih kurang pukul 10 pagi Sdr. Tan Kar Hing, saya dan beberapa wakil dari penduduk Kg. Baru Cina Banir telah berkumpul didepan SUK Ipoh, untuk menghantar satu memorandum berkenaan dengan Kekeliruan Keluasan tanah penduduk diKg.Baru Cina Banir. Tapah. kepada Datok Zambri.


Kami rasa kecewa kerana diberitahu oleh salah seorang Pegawai yang berada di Balai Pengawal, bahawa Zambri tiada diPejabat,beliau telah pergi keBanding kerana mengikuti program Sultan Perak disana. Kami beritahu bahawa kami ingin sampaikan memo tersebut melalui wakil Zambri..Pegawai tersebut menghubungi seorang pegawai sebagai wakil untuk menerima memo tersebut dan memberitahu bahawa wakil Zambri akan datang berjumpa dengan kami.


Setelah lama kami menunggu di Balai Pengawal,akhirnya kami disuruh naik kepejabat SUK untuk berjumpa dengan wakil tersebut..Pada mulanya hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan pergi berjumpa dengan Pegawai tersebut, namun apabila didesak maka Saya(Azizan), Sdr. Tan Kar Hing dan Sdr.Chang Kwai Lum(wakil penduduk Kg.Baru Cina Banir) yang dibenarkan pergi berjumpa dengan Pegawai sebagai wakil kepada Zambri.


Dengan ditemani oleh Miss Teh( PR Pejabat MB) dan seorang Pegawai Keselamatan SUK,kami dibawa untuk berjumpa dengan En. Azhar (Pegawai Khas MB). Sdr. Tan Kar Hing menyerahkan MEMO tersebut kepada beliau tanpa ada apa-apa perbincangan dan penerangan dari kami, memandangkan beliau agak tergesa-gesa. Beliau hanya bertanyakan dimana lokasi tanah tersebut. Pada mulanya saya serta Sdr. Tan Kar Hing dan Sdr. Chang Kwai Lum ingin menerangkan dengan lebih lanjut tentang permasaalahan tanah tersebut dan bagaimana sebelum ini kami telah memberikan satu MEMORANDUM kepada Pegawai Daerah Batang Padang, Datuk Hj. Damiri dan kami telah berikan tempoh 1 bulan untuk beliau mengambil tindakan namun sehingga kini tidak ada apa-apa maklum balas dari beliau. (Mungkin Datuk Hj. Damiri merasakan bahawa beliau terlalu berkuasa sehinggakan MEMO yang diberi kepadanya mungkin dianggap tidak penting dan hanya buang masa ,lalu dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan yang sewajarnya..)Tapi disebabkan sikap yang tergesa-gesa dari En. Azhar(Pegawai Khas MB) hasrat kami tak dapat disampaikan..


Diharap apabila perkara ini sampai kepengetahuan Zambri,dapat lah beliau menyelesaikan perkara ini dengan secepat mungkin kerana kami bagi tempoh hanya 1 BULAN Sahaja. Permasaalahan ini telah berlarutan sehingga 7 tahun, semua jawapan yang diberi hanya TUNGGU...Penduduk Kg. Baru Cina Banir sudah muak dan jelak dengan jawapan-jawapan yang diberi,mereka tak sanggup lagi nak jadi PENUNGGU...Bermula dari Datuk Damiri (Pegawai Daerah Batang Padang.Tapah),Datuk Shamsuddin(ADUN Air Kuning) ,Datuk Mah Hang Soon(ADUN Chenderiang) dan kini Zambri ( MB Haram), semoga masaalah ini diselesaikan dengan segera atau kami akan selesaikan perkara ini di MAHKAMAH.

Sabtu, 28 November 2009

MAJLIS MENYAMPAIKAN SUMBANGAN RAKYAT MISKIN DICHANGKAT PETAI.TAPAH.


                Ucapan dari YB Chang Lih Kang. ADUN Teja.

Majlis Penyampaian Sumbangan Rakyat Miskin telah berlangsung pada Hari Raya Aidil Adha diChangkat Petai.Tapah. Sumbangan Ikhlas ini telah dihadiahkan oleh sdr.Muzaffar Shah selaku Ahli Majlis Pimpinan Negeri (Biro Kebudayaan Belia & Sukan). Turut hadir dalam majlis tersebut YB.Chang Lih Kang,Sdr. Muzaffar Shah,Ridzuan Bani(Pemangku Cabang Tapah).Sdr.Yusri (Ketua AMK Lumut). Sdr. Mat (Lumut)
Sdr. Tan Kar Hing. En. Adi Hanifah(Ketua Kampung Changkat Petai yg sah). En. Ramlan ( Ketua Ranting Changkat Petai) dan Skuad Keadilan Changkat Petai.





  
                                        Menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan...


Sdr. Ridzuan Bani Selaku Pemangku Ketua Cabang Tapah





Ibu-ibu tunggal begitu terharu menerima sumbangan yang selama ini tiada
dipedulikan...

Sumbangan untuk anak-anak yatim telah disampaikan
oleh sdr.Ridzuan Bani selaku Pemangku Ketua Cabang Tapah.

Ahli-ahli Skuad PKR dari Ranting Changkat Petai
tetap dihargai sumbangan nya...yang tetap sedia bertugas
untuk PKR dengan penuh tanggung jawab...

Seramai 21 orang Ibu tunggal (miskin) 10 orang anak-anak yatim dan 16 ahli Skuad PKR telah menerima
sumbangan pada hari tersebut...Biar pun hujan turun namun majlis tetap berjalan dengan lancar..dan pekikan
REFORMASI yang diketuai olih Ketua Kampung(sah) En. Adi Hanifah bergema bersama-sama titisan hujan
yang memberi rahmat pada majlis tersebut....REFORMASI!!!!!!!...